PELAKSANAAN


Kahoot! merupakan suatu aplikasi kuiz secara online yang dibina oleh pensyarah untuk merangsang minat pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) melalui suasana pembelajaran secara interaktif. Aplikasi ini boleh digunakan melalui pelbagai peranti seperti komputer, laptop, tablet dan telefon pintar. 

Pensyarah dapat membina pelbagai kuiz berkaitan topik yang ingin diuji dengan berkongsi nombor pin kuiz tersebut untuk dijawab oleh pelajar. Skrin di hadapan kelas atau bilik kuliah akan memaparkan soalan manakala pelajar pula akan menggunakan peranti masing-masing untuk menjawab soalan berdasarkan beberapa pilihan jawapan yang diberi. Secara tidak langsung, perkara ini akan menjadikan pelajar fokus dalam menjawab soalan kerana aplikasi ini memerlukan pelajar mengutamakan soalan yang hanya terdapat pada paparan skrin utama di hadapan kelas.


Berikut adalah langkah-langkah menggunakan Kahoot! :


1. Terlebih dahulu, pensyarah perlu mendaftar akaun di https://kahoot.com.  Jika sudah mempunyai akaun, pensyarah perlu log masuk setiap kali ingin menggunakannya.




2. Seterusnya, pensyarah akan memilih icon Quiz untuk mula membina set soalan kuiz. 



3. Pensyarah perlu memasukkan maklumat mengenai kuiz yang ingin dicipta . Pensyarah tersebut juga boleh membina set soalan untuk kuiz dengan seberapa banyak soalan yang dikehendaki dan sekurang-kurangnya 2 pilihan jawapan. Disamping itu, boleh  juga dimasukkan gambar atau video sebagai rujukan tambahan.

.

4. Setelah selesai membina set soalan kuiz, pensayarah bolehlah memulakan kuiz yang dikehendaki. Pensyarah hanya perlu 'double click' set soalan kuiz yang ingin dilaksanakan.

  
5. Apabila tajuk kuiz yang dikehendaki dipilih, pensyarah boleh memilih mod permainan iaitu  untuk  'Classic' untuk  'Player vs Player' ( 1: 1 Device ) dimana setiap pelajar mempunyai peranti masing-masing  atau 'Team Mode' iaitu  'Team vs Team' (Shared Device ) untuk pelajar dalam 1 kumpulan berkongsi peranti.


6. Kemudian,  'Game Pin' diberikan secara automatik akan dipaparkan  di skrin utama.



7. Sementara itu, para pelajar pula perlu bersedia dengan peranti masing-masing. Bagi pelajar yang menggunakan komputer atau laptop, taip alamat https://kahoot.it/. Pelajar akan memasukkan nombor 'game pin' untuk menyertai kuiz. 


8.Manakala bagi pelajar yang menggunakan telefon pintar atau tablet, mereka perlu memuat turun aplikasi Kahoot!. Selepas memasukkan nombor 'game pin', pelajar perlu memasukkan nama ringkas (nickname) sebagai pengenalan diri.


9. Bilangan pemain dan nama ringkas pelajar yang menyertai kuiz akan terpapar di skrin utama. 




10. Apabila semua pelajar log masuk, barulah pensyarah akan memulakan sesi kuiz tersebut dengan menekan butang 'Start'. Pelajar perlu bersedia kerana setiap soalan mempunyai masa yang telah ditetapkan.



11. Semua soalan akan dipaparkan di skrin utama bersama-sama pilihan jawapan. Pelajar akan menjawab di peranti masing-masing dengan tepat dan cepat.

12. Bagi setiap soalan, apabila tamat masa menjawab yang diberikan, jawapan sebenar akan diberikan dan terpapar di skrin utama. Analisa bagi setiap jawapan pelajar turut dipaparkan.



13. Bagi pelajar pula, mereka akan mendapat keputusan samada jawapan yang telah dijawab itu BETUL atau SALAH di skrin peranti masing-masing.




14. Manakala, senarai Top 5 pelajar dengan markah tertinggi akan terpapar di skrin utama. Pengiraan markah ini ditentukan atas dasar ketepatan dan kecepatan pelajar menjawab.


15. Pensyarah akan meneruskan sesi dengan soalan seterusnya. Setiap kali selesai , senarai nama Top 5 pelajar akan dipaparkan dan selalunya akan berubah sehingga soalan terakhir.

16. Apabila kuiz selesai, nama dan markah pemenang tempat pertama hingga ketiga akan dipaparkan.



Seronok bukan?

Jom tonton video di bawah ini untuk melihat gelagat pelajar semasa menjawab soalan kuiz menggunakan aplikasi kahoot!.














Selamat mencuba!


1 comment: