IMPAK


Portal Kahoot! menawarkan khidmat percuma kepada ahlinya untuk menghasilkan ujian dalam talian dalam bentuk permainan. Khidmat penilaian secara individu dan berkumpulan ini amat menyeronokkan kerana mampu menyuntik unsur pertandingan dalam kalangan murid. 

Pensyarah juga dapat memaparkan ranking top 5 pelajar sekaligus menaikkan semangat mereka untuk memperbaiki kedudukan. Secara umumnya, portal latih tubi ini membolehkan pelajar untuk memperkukuh kemahiran atau pengetahuan mengikut tahap kecerdasan masing-masing. Secara tidak langsung, data ini dapat digunakan oleh pensyarah untuk meninjau sejauh mana pelajar telah berjaya memahami kandungan tajuk yang dipelajari secara kendiri dan memupuk sikap kebertanggungjawaban terhadap pembelajaran mereka sendiri.


Kenapa Kahoot!?


1. Sangat interaktif. 

Kahoot! boleh dianggap sebagai kuiz berbentuk 'game'. Pelajar dikehendaki menjawab soalan mereka samada di PC/laptop/smartphone/tablet masing-masing. Jadi, mereka akan terlibat secara aktif dan menjadikan ia lebih menarik.

2. Ada sistem ranking. 


Setiap kali selepas soalan dijawab, nama 5 pelajar dengan markah paling tinggi akan dipaparkan. Senarai Top 5. Pelajar yang menjawab paling PANTAS dan TEPAT daripada pilihan jawapan, akan berada di ranking paling atas. Dah tentu lah, mereka akan berlumba-lumba untuk menjawab dengan paling betul, dan paling cepat.

3. Soalan yang boleh diset. 


Kahoot! juga memberi kebebasan untuk pensyarah menetapkan bilangan soalan, bilangan jawapan (2 - 4 pilihan), tempoh masa menjawab, bentuk soalan (teks/bergambar/video) dan beberapa lagi setting. 

4. Set soalan boleh disimpan dalam akaun masing-masing. 


Selepas selesai membuat set soalan, pensyarah hanya perlu simpan di akaun masing-masing untuk kegunaan masa hadapan, Ini juga merupakan satu kelebihan untuk para pensyarah untuk membuat penambahbaikan atau suntingan. 


5. Digunakan secara atas talian (Online). 


Kahoot! boleh diakses di mana-mana sahaja selagi ada capaian internet.

6. Pelbagai-guna (Multipurpose). 


Boleh digunakan bukan sahaja semasa PdP, malahan juga untuk set induksi, kuiz, pengukuhan, ulangkaji, bincang soalan exam dan lain-lain lagi mengikut kreativiti pensyarah.






Cuba bayangkan apa perasaan pelajar bila nampak nama rakan  terpampang di hadapan skrin? Atau dia berada di kedudukan bawah? Sudah pasti dia lagi bersemangat hendak menjawab dengan lebih baik dan lebih pantas untuk soalan seterusnya. 

Persaingan yang sihat, kan!

So, apa tunggu lagi?  Jom kita ber'kahoot!'.....



6 REASON TO START KAHOOT!ING





No comments:

Post a Comment