PENGENALAN






ABSTRAK

Internet telah mengubah landskap pengajaran dan pembelajaran (PdP) masa kini. Perkembangan dalam Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi (ICT) menyaksikan penggunaan peranti digital mudah alih pada masa kini semakin popular. Peranti seperti telefon pintar, tablet dan komputer mudah alih sebenarnya boleh dimanfaatkan penggunaanya dalam konteks PdP samada secara jarak jauh ataupun bersemuka di sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi.

          Banyak sudah aplikasi-aplikasi teknologi berasaskan pendidikan menarik yang boleh digunakan dalam PdP di dalam kelas mahupun di rumah. Terdapat pelbagai alat pembinaan kuiz interaktif seperti penggunaan EdPuzzle, Quizlet dan portal Kahoot! dalam bentuk latih tubi, ulang kaji dan tugasan dalam talian telah menunjukkan pelajar semakin terangsang dan teruja untuk mempelajari mata pelajaran tertentu . 

Oleh itu, inovasi untuk menggunakan Kuiz Interaktif secara 'online' (Kahoot!) ini dilaksanakan adalah bukan sahaja menjadikan PdP semakin menarik, malahan dapat meningkatkan kefahaman pelajar setiap kali selesai satu-satu topik. Ia bukan sahaja dapat memperkasakan pengajaran pensyarah malah memupuk budaya belajar sepanjang hayat dalam kalangan pelajar sejajar dengan matlamat pendidikan abad ke-21.


OBJEKTIF

1. Menguji sejauh mana kefahaman pelajar sebaik sahaja selesai satu-satu topik pembelajaran.


2. Membantu pelajar untuk membina keyakinan diri dan melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran di dalam kelas.


3. Mewujudkan suasana pembelajaran secara berkolaborasi iaitu dengan 'Team Mode'. Melalui 'Team Mode' ini, mereka dapat bersama-sama di dalam sesebuah kumpulan menyelesaikan soalan-soalan yang dipaparkan di dalam kelas.


4. Meneliti keberkesanan kaedah dalam memupuk sikap pelajar terhadap pembelajaran mudah alih (mobile learning) untuk mengembangkan potensi diri.


5. Memperkasakan pengajaran pensyarah.


6. Meneliti keberkesanan kaedah yang digunakan dalam meningkatkan penguasaan dan kefahaman pelajar dalam sesuatu topik.



KUMPULAN SASARAN


Kahoot! sesuai dijalankan kepada semua pelajar Kolej Matrikulasi Selangor. 
Walaubagaimanapun, kumpulan sasaran untuk kajian yang dijalankan ini adalah pelajar Program Dua Tahun (PDT) Semester 3, sesi akademik 2017/2018 yang mengambil subjek Sains Komputer (DC035). Seramai 69 orang pelajar terlibat semasa pengaplikasian Kahoot! samada dalam kelas tutorial, praktikal mahupun kuliah.

Kumpulan Pelajar PDT3

No comments:

Post a Comment